Dayangku Aminah
Dayangku Aminah

Dayangku Aminah


Dayangku Aminah merupakan salah seorang penyanyi pujaan ramai era 60-an / 70-an yang sering mendendangkan lagu-lagu di radio Malaysia. Dayangku Aminah telah menjadi penyanyi utama Kugiran Irama Perindu dari Brunei. Selepas dia meninggalkan Kugiran Irama Perindu, dia turut menyanyi dengan diringi oleh The Sand Blues. Kemudian dia turut merekodkan satu rekod dengan kumpulan The Sandpipers.Ketika itu pengaruh kumpulan The Beatles dari England telah mewujudkan irama pop yeh-yeh dari 1965 hingga 1971. Istilah ""pop yeh-yeh"" telah diambil dari judul lagu popular The Beatles, (She Loves You - Yeh, Yeh, Yeh). Penyanyi pada zaman 1960-an biasanya diiringi oleh kumpulan kugiran.Dayangku Aminah sering membuat persembahan dengan diiringi oleh kumpulan The Sandblues, The Heavy Macine, dan Kugiran Irama Perindu dari Brunei.

Dayangku Aminah

Pekerjaan Penyanyi, Pelakon
Berasal dari
Nama lahir Dayangku Aminah
Instrumen Vokal
Tahun aktif 1960-an